Tuesday 6 December 2011

Laporan Kajian Tindakan


LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
TAJUK:
KETIDAKSESUAIN KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNA GURU DALAM BAHASA MELAYU

ABSTRAK

            Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru. Seramai 15 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada kaedah mengajar tatabahasa. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap pengajaran saya yang dirancangkan. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah main sambil belajar untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam sesuatu konsep. Saya menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid semakin memuaskan bernbnding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.0 PENGENALAN

            Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

            Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.

            Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid
.

          Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran adalah senantiasa mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Apatah lagi kaedah yang perlu digunakan agar dapat memberi kesan keatas murid dan seterusnya mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran terdahulu
Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu di kelas 2T, mengenai tajuk Kegunaan Buluh, saya dapati bahawa murid saya tidak memberikan penumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya perhatikan wajah murid yang nampak kebosanan dan seolah-olah tidak mahu mendengar penerangan mahupun aktiviti yang telah dirancang oleh saya. Terdapat juga murid yang bermain dan berbual-bual dalam kumpulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati saya. Keadaan murid yang tidak  menumpukan perhatian ini telah menyebabkan hasil pembelajaran yang dilaksanakan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, telah menjejaskan markah murid dalam ujian yang dilakukan di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Dari keputusan ujian yang dijalankan, didapati jawapan yang diberikan oleh sesetengah murid tidak menepati skema pemarkahan. Saya berandaian keadaan ini terjadi berpunca daripada ketidakfahaman murid terhadap sesi penerangan yang dilakukan sebelumnya dan kesannya mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Apakah yang menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya? Adakah cara penyampaian saya bermasalah semasa sesi penerangan ? Adakah penyampaian saya tidak menarik dan telah membuatkan mereka bosan? Atau, adakah penggunaan alat bantu mengajar saya tidak berkesan untuk menarik minat murid ? Setelah melakukan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, saya telah mengesan masalah ini timbul adalah berpunca daripada penggunaan alat bantu mengajar yang saya tidak menarik dan ianya tidak melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Alat bantu mengajar yang saya gunakan hanya melibatkan interaksi sehala sahaja, Keadaan ini telah mendorong saya untuk melaksanakan satu kajian tindakan yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar semasa sesi pembelajaran.

            Ketika sesi penerangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya hanya menggunakan gambar dan papan putih kecil untuk menyampaikan isi pelajaran. gambar yang dipaparkankan mengenai tajuk pelajaran pada sesi ini iaitu kegunaan buluh.  Saya telah memberikan penerangan dengan menggunakan gambar.Kaedah ini telah menyebabkan sesetengah murid menjadikan bosan dengan pengajaran dan pembelajran yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya . Ini kerana murid hanya mendengar dan tidak melakukan sebarang aktiviti.

            Untuk itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan murid ini agar perhatian murid dapat dipertingkatkan dan seterusnya memberi kefahaman terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.


1.2              FOKUS KAJIAN
1.2.1 Isu Kajian
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, masalah yang saya alami dari sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah tahap perhatian dan kefahaman murid sangat rendah. Ini dibuktikan dengan markah ujian yang ditadbir selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku adalah berpunca daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan tidak sesuai dengan keadaan murid.
Menurut Mok Soon Sang (20060, kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dininginkan oleh murid. Oleh itu, bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna seseorang guru hendaklah memilih suatu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan kesan kepada murid yang diajar.

            Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan kata nama

Fokus Utama: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras (3) i.  Menghuraikan maklumat yang dissampaikan dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

Fokus sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tungal, dan ayat majmuk.
Aras (2) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. 

            Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu kajian dijalankan keatas permasalahan yang timbul dengan merancang kaedah pengajaran yang berlainan sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan kata nama melalui kaedah yang dirancang. Sebelum itu, saya telah mengenalpasti peserta yang akan diketengahkan dalam kajian ini iaitu sebahagian murid dari kelas yang sama. Berdasarkan catatan markah ujian dalam pengajaran dan pembelajaran terdahulu, seramai 15 murid dipilih sebagai peserta bagi kajian ini. 15 orang murid yang dipilih ini telah memperolehi markah terendah dalam ujian yang dijalankan daripada sesi pengajaran dan pembelajaran terdahulu.

            Setelah mengenalpasti masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran, maka saya telah memilih kaedah bermain meneka silang kata untuk meningkatkan perbendaharaan kata dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kajian ini.

            Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dengan menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkatan, biasanya diberikan soalan atau pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif Umum
i)                    Meningkatkan kefahaman murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah bermain silang kata.

1.3.2 Objektif Khusus
i)                    Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengajaran dan pembelajran Bahasa Melayu melalui kaedah bermain silang kata..
ii)                  Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan kata nama.
iii)                Menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dalam meningkatkan kefahaman dan perhatian murid.


1.4 Persoalan Kajian

i)                    Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman murid?
ii)                  Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian murid?
iii)                Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan perhatian murid?

1.5 Tinjauan Literatur

            Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian dan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
            Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya.

            Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.

            Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, saya hanya menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara maknsimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian murid terhadap isi pelajaran tersebut.

            Dengan itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya pilih adalah kaedah permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau, aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah, kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap kematangan murid.

            Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini adalah wujud unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

            Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.

            Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain mlurid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermalin boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran umum kepada yang leih spesifik.
            Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam kaedah permainan antaranya adalah sseperti permainan dengan barang maujud, permainan khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum semula. 
            Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya menggalkkan interaksi dan kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze, mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajran. Oleh itu, saya telah memilih permainan teka silang kata sebagai bahan bantu mengajar dalam melakukan kaian ini.

1.6 Kumpulan Sasaran

            Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7 perempuan. Murid-murid ini sentiasa tidak mengambil berat terhadap penggunaan kata nama. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan kata nama apatah lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.


1.7 METHODOLOGI KAJIAN

Methodologi yang digunakan ialah:

a.      Pemerhatian
Mnurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan ang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan. Melalui pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini adalah pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau pengkaji menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian menjadi leblih sah dan boleh dipercayai.

Pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah pemerhatian berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian berstruktur pengkaji mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian . Tingkahlaku ini juga disebut sebagai pembolehubah.

Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang bagi kumpulan peserta yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid dilihat secara tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
                  



b.      Soal selidik

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian dan kefahaman murid terhadap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik yang dibina mempunyai dua bahagian yang ingin dilihat iaitu bahagian 1 kefahaman manakala bahagian 2 adalah pemerhatian. Borang soal selidik ini akan diedarkan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran yang mengguankan kaedah main sambil belajar. Murid diminta mengisi borang sejurus selesai proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.  



c.       Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka.
Menurut Mohamad Najib Abd Ghafar (1999) sesebuah penyelidikan yang berdasarkan prestasi memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut dinamakan pengujian. Menurutnya lagi, pengukuran yang menggunakan teknik ujian menghasilkan skor. Skor atau markah mengikut skala tetentu adalah data kuantitatif yang selalu digunakan dalam analisis. Skor-skor ini diperolehi daripada jawapan subjek berdasarkan soalan yang disediakan oleh penyelidik.

Reka bentuk ujian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk ujian pasca. Menurut Chua Yan Piaw (2006) ujian pasca merupakan reka bentuk eksperimental benar yang paling ringkas tetapi ia mempunyai kesahan dalaman yang tinggi.Dalam reka bentuk ini, murid-murid diagihkan ke dalam dua kumpulan secara rawak, dan variebel bersandar hanya diukur sekali sahaja, iaitu melalui ujian pasca. 

Berdasarkan kajian ini, ujian diadakan adalah bertujuan untuk menguji samaada kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan peratus skor murid dalam ujian atau tidak, Ujian yang dibina mempunyai 5 soalan struktur yang mana setiap soalan adalah berdasarkan kepada tajuk pelajaran yang diajar. Skor keseluruhan bagi ujian ini adalah 10 markah iaitu 2 markah untuk setiap soalan. 

          1.8 PELAKSANAAN KAJIAN
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau  masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan kata nama methodologi yang dinyatakan.
1.8.1 Prosedur tindakan

1.      Melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran mengikut kelas yang diajar dan memerhatikan keadaan fizikal murid.
2.      Mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama menggunakan kaedah slaide.Seterusnya saya membuat pemerhatian terhadap keadaan murid dan membuat refleksi selepas sesi pembelajaran.
3.      Dengan menganalisis refleksi pengajaran awal. Saya dapat mengenalpasti   permasalahan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menetapkan masalah yang hendak dijadikan subjek kajian.
4.      Saya mendapatkan maklumat murid untuk membuat kajian.
5.      Saya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah bermain silang kata. Saya menyediakan rancangan pengajaran yang baharu dan menyediakan silang kata.
6.      Saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah bermain silang kata. Saya membuat pemerhatian semasa proses pembelajaran dan mengadakan ujian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Selepas itu, saya mengedarkan borang soal selidik. Akhir sekali, saya melakukan refleksi pengajaran.
7.      Saya menganalisis keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik.
8.      membuat perbandingan terhadap keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik dengan pembelajaran terdahulu.

1.8.2 DAPATAN KAJIAN

            Di dalam bab ini kaitan antara tiga elemen utama dalam kajian ini akan dihuraikan iaitu persoalan kajian, analisis instrument kajian dan tinjauan literatur yang berkaitan.

Persoalan 1 : Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman murid ?

            Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa markah murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah bermain silang kata dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

            Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Fatihah Nordin(2009). Berdasarkan ujian yang dilakukan, telah mengenalpasti kaitan penggunaan kaedah permainan dapat meningkatan perestasi murid terhadap tajuk  pelajaran, didapati peratus peningkatan ujian adalah 0-50 peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah permainan telah dapat meningkatkan prestasi murid dalam ujian.

            Permainan boleh menjadi satu cara yang efektif untuk membantu murid mempelajari kemahiran asas dan seterusnya untuk membaca dengan lancar. Kebolehan murid menjawab soalan dengan tepat ini telah mempengaruhi markah ujian mereka.

            Keadaan ini secara tidak lagsung telah dapat menjawab kepada persoalan kajian saya yang pertama iaitu adakah kaedah main sambil belajar dapat meningkatkan kefahaman murid.



Persoalan 2 :  Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian murid?

            Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah kaedah permainan silang kata dapat meningkatkan perhatian murid. Bagi menjawab persoalan kajian ini, suatu pemerhatian telah dilakukan keatas peserta yang telah dipilih. Aspek-aspek  pemerhatian telah ditetapkan terlebih dahulu seperti adakah murid dapat menjawab soalan yang diberi oleh guru dan murid dapat menyenaraikan isi pelajaran dari proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang telah diterangkan di dalam bab cara pengumpulan data, kesemua aspek yang diperhatikan ini mempunyai kaitan dengan perhatian Menurut Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Damanhuri (2005) berdasarkan pemerhatian beliau, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan murid cuba sedaya upaya menjawab soalan yang diberikan dalam bentuk permainan bahasa.Mereka membuat rujukan dan berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama yang menjawab soalan. Pelajar kelihatan tidak tertekan dan proaktif dalam menjawab soalan.
            Keadaan yang sama juga berlaku ke atas kajian ini dimana hasil pemerhatian yang dilakukan ke atas peserta melalui dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu pengajaran menggunakan kaedah kuliah biasa dan pengajaran menggunakan kaedah bermain silang kata. Didapati, sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang kata telah mencatatkan markah yang lebih tinggi berdasarkan aspek pemerhatian yang telah ditetapkan.
            Hasil dapatan dari pemerhatian ini telah dapat membuktikan bahawa berlaku peningkatan tahap perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dengan penggunaan kaedah bermain silang kata.
            Pieget menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003)menyatakan, permainan dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid danseterusnya menggalakkan interaksi dan kefahaman kepada murid. Perasaan seronok ini juga dapat menggambarkan bahawa murid mengambil perhatian terhadap apa yang dipelajari mereka.
       Persoalan 3:   Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan perhatian murid?

                   Bagi menilai tahap kefahaman dan perhatian mrid, saya telah menjalankan soal selidik ke atas peserta yang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang kata.

                   Nor Fatihah Nordin (2009) dalam soal selidik yang dijalankan keatas kajian beliau mendapati, secara keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

            Menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah untuk menambahkan keseronokkan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti wujudnya unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

1.8. 3 REFLEKSI KAJIAN

            Kaedah bermain sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid di sekolah rendah. Ini kerana dengan bermain mereka akan berasa seronok dan secara tidak langsung akan dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan kaedah kuliah biasa yang menggunakan slaid,murid hanya menjadi pendengar dan keadaan ini telah menimbulkan rasa bosan di dalam diri murid. Kebosanan murid telah memberi kesan ke atas kefahaman dan perhatian murid terhadap pengajaran guru.
            Menyedari keadaan ini saya telah melaksanakan suatu kajian yang berfokuskan kepada kaedah bermain sambil belajar  dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menggantikan kaedah kuliah biasa menggunakan slaid bertujuan untuk menyelesaikan masalah kefahaman dan perhatian murid.
            Sebelum memilih kaedah permainan silang kata  saya terlebih dahulu telah membuat tinjauan literatur mengenai pendapat tokoh tentang kelebihan kaedah bermain serta keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak tokoh yang membincangkan mengenai keberkesanan kaedah bermain dalam pembelajaran murid. Dan bertitik tolak dari keadaan ini telah mendorong saya memilih kaedah ini iaitu  main sambil belajar untuk dijadikan fokus kajian. Namun begitu, dalam usaha untuk mencari literatur mengenai kajian yang dilakukan penyelidik terdahulu mengenai kaedah permainan telah menemui jalan buntu. Ini kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah ini. kebanyakan literatur yang dapat diperolehi hanya berkaitan dengan kaedah bermain sahaja. Ini telah sedikit sebanyak merencatkan proses kajian saya. Namun kajian-kajian yang menggunakan  kaedah bermain ini telah menjadikan rujukan utama saya ketika kajian ini dilakukan.

            Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 3 persoalan kajian yang diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan. Ternyata kaedah bermain sambil belajar telah dapat meningkatkan kefahaman dan perhatian murid dan secara tidak langsung telah meningkatkan kefahaman murid .Kenyataan ini telah disokong dengan keputusan daripada instrument-instrumen kajian yang dilaksanakan. Hasil daripada analisis data instrument kajian yang juga dikukuhkan lagi dengan pendapat-pendapat daripada tinjauan literatur, telah menjadikan kajian ini sebuah kajian yang berjaya menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.Bersesuaian dengan tujuan kajian tindakan diadakan iaitu untuk menyelesaikan suatu permasalahan dengan menggunakan kaedah tertentu.

   1.8.4 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA
Bagi kajian yang seterusnya, saya mencadangkan agar kajian mengenai sikap murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah main sambil belajar dijalankan ini. Ini kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan kaedah bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang saya jalankan ini hanya ingin melihat sejauhmana keberkesanan kaedah bermain dapat meningkatkan kefahaman murid. Oleh itu saya memfokus kepada keputusan instrumen-instrumen kajian seperti ujian dan pemerhatian. Berlainan dengan kajian yang ingin melihat sikap murid terhadap sesuatu matapelajaran yang mana kajian seperti ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan kaedah bermain.

            Dengan melakukan kajian mengenai sikap ini juga, seseorang pengkaji akan dapat membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam pembelajaran murid. Ini kerana kajian memfokus kepada tingkahlaku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat beberapa tokoh yang menyatakan kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada murid dan guru dengan secara tidak langsung.

















RUJUKAN
1)      Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur : UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.
2)      Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
3)      Endra Devi Supiah (SMK Dato’Mohd Reza, N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin ( SMK Putera Kota Bharu, Kelantan) Kaedah Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur
4)      Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Tindakan.Johor : UniversitiTeknologi Malaysia.
5)      Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
6)      Musthafa Bacharudin (2003) EFL for Young Learners : Course Materials.Bandung,Indonesia, Universiti of education.
7)      Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk  Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan Menengah.Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
8)      Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.










LAMPIRAN A

Senarai Nama Peserta

BIL
NAMA MURID
          JANTINA




     LELAKI
  PEREMPUAN

1.
TAN SOON HONG
/


2.
TAN LI YOU
/


3.
TAN ZHE XUAN
/


4.
MOHD DANIAL
/


5
MOHD DANISH LAU
/


6.
JONATHAN LIAU
/


7.
ONG YU QIAN
/


8.
LIM YANG FENG
/


9.
SIAH ZI XIN

/

10.
ANG XUE YING

/

11.
HANA DIANA

/

12.
BATRISYA

/

13.
WAN ADYRANA

/

14.
GAN WEN XIN

/

15.
NEW KHAI WEI

/









LAMPIRAN B
Borang Soal Selidik
Mengenalpasti tahap perhatian dan kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kajian tempatan
Nama:_________________
Kelas:2_______
Sekolah:_____________________
Tindakan samada anda setuju atau tidak setuju dengan pernyataan yang
diberikan.

Bahagian 1: Kefahaman
Bil
Item Persoalan
Ya
Tidak
1
Saya dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan selepas bermain silang kata.


2.
Penggunaan silang kata memudahkan saya mengingat fakta.


3.
Saya dapat menjawab soalan semasa bermain silang kata.



4.
Saya dapat menyenaraikan kegunaan buluh selepas bermain silang kata.


5.
Saya dapat menjawab soalan ujian selepas sesi permainan silang kata.


6.
Permainan silang kata mempunyai kaitan dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan.


7.
Saya dapat menyenaraikan isi pelajaran selepas bermain silang kata.





Bahagian 2 :Pemerhatian
Bil
Item persoalan
Ya
Tidak
1
Saya membei perhatian semasa pengajaran guru menggunakan permainan silang kata.


2.
Permainan silang kata membuatkan saya berasa seronok melakukan aktiviti.


3.
Saya melibatkan diri secara aktif semasa sesi permaian silang kata.


4.
Saya berasa bosan dengan aktiviti permainan silang kata.



5.
Saya tidak melakukan aktiviti selain daripada aktiviti permainan silang kata.


6.
Saya tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik kerana guru menggunakan permainan silang kata.


7.
 Saya ingin menyelesaikan dalam permainan silang kata.



8.
Saya menumpukan perhatian semasa aktiviti permainan menggunakan silang kata.


        










  LAMPIRAN C

    UJIAN
    NAMA : ___________________                     Markh:________
    KELAS : _________________                       Tarikh: ________
    SEKOLAH : _______________

    Susunkan huruf menjadikan perkataan yang betul berdasarkan gambar-gambar yang diberi.
 
   1)
u
s
i
n
e
l
g







   

  2)
k
a
t
r
i





      


  

3)
d
i
l
i




 

    4)
k
u
l
a
b





      
        

 5)
u
b
b
u