LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
TAJUK:
KETIDAKSESUAIN KAEDAH PENGAJARAN YANG
DIGUNA GURU DALAM BAHASA MELAYU
ABSTRAK
Kajian
ini bertujuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru. Seramai 15 orang murid
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada kaedah
mengajar tatabahasa. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan
menunjukkan murid kurang peka terhadap pengajaran saya yang dirancangkan. Oleh
itu, saya telah menggunakan kaedah main sambil belajar untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar dalam sesuatu konsep. Saya menjalankan langkah-langkah
yang dirancang dan didapati penguasaan murid semakin memuaskan bernbnding
sebelumnya. Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.0 PENGENALAN
Pendidikan
peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran adalah
senantiasa mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Apatah lagi kaedah yang perlu
digunakan agar dapat memberi kesan keatas murid dan seterusnya mencapai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran terdahulu
Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran
Bahasa Melayu di kelas 2T, mengenai tajuk Kegunaan
Buluh, saya dapati bahawa murid saya tidak memberikan penumpuan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya perhatikan wajah murid
yang nampak kebosanan dan seolah-olah tidak mahu mendengar penerangan mahupun
aktiviti yang telah dirancang oleh saya. Terdapat juga murid yang bermain
dan berbual-bual dalam kumpulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang di
hati saya. Keadaan murid yang tidak
menumpukan perhatian ini telah menyebabkan hasil pembelajaran yang
dilaksanakan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, telah menjejaskan
markah murid dalam ujian yang dilakukan di akhir proses pengajaran dan
pembelajaran.Dari keputusan ujian yang dijalankan, didapati jawapan yang diberikan oleh sesetengah murid tidak menepati skema pemarkahan. Saya
berandaian keadaan ini terjadi berpunca daripada
ketidakfahaman murid terhadap sesi penerangan yang dilakukan sebelumnya dan
kesannya mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Apakah yang
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya? Adakah cara penyampaian saya bermasalah semasa sesi penerangan ? Adakah
penyampaian saya tidak menarik dan telah membuatkan mereka bosan? Atau, adakah
penggunaan alat bantu mengajar saya tidak berkesan untuk menarik minat murid ?
Setelah melakukan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan, saya telah mengesan masalah ini timbul adalah berpunca daripada
penggunaan alat bantu mengajar yang saya tidak menarik dan ianya tidak
melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Alat bantu mengajar yang
saya gunakan hanya melibatkan interaksi sehala sahaja, Keadaan ini telah
mendorong saya untuk melaksanakan satu kajian tindakan yang melibatkan
penggunaan alat bantu mengajar semasa sesi pembelajaran.
Ketika
sesi penerangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya hanya
menggunakan gambar dan papan putih kecil untuk menyampaikan isi pelajaran. gambar
yang dipaparkankan mengenai tajuk pelajaran pada sesi ini iaitu kegunaan
buluh. Saya telah memberikan penerangan
dengan menggunakan gambar.Kaedah ini telah menyebabkan sesetengah murid
menjadikan bosan dengan pengajaran dan pembelajran yang dijalankan oleh guru.
Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan
isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai
sepenuhnya . Ini kerana murid hanya mendengar dan tidak melakukan sebarang
aktiviti.
Untuk
itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan
murid ini agar perhatian murid dapat dipertingkatkan dan seterusnya memberi
kefahaman terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
1.2 FOKUS KAJIAN
1.2.1 Isu Kajian
Berdasarkan refleksi
pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, masalah yang saya alami dari sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah tahap perhatian dan kefahaman murid
sangat rendah. Ini dibuktikan dengan markah ujian yang ditadbir selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku adalah berpunca daripada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan tidak sesuai dengan keadaan
murid.
Menurut Mok Soon Sang
(20060, kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif
bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dininginkan oleh murid. Oleh itu, bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna
seseorang guru hendaklah memilih suatu kaedah yang terbaik supaya dapat
memberikan kesan kepada murid yang diajar.
Merujuk
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat
kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan kata nama
Fokus Utama: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata istilah, frasa, struktur
ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras (3) i.
Menghuraikan maklumat yang dissampaikan dengan menggunakan bahasa yang
sesuai.
Fokus sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan,
ayat tungal, dan ayat majmuk.
Aras (2) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang
sesuai.
Oleh
itu, saya mesti lakukan sesuatu kajian dijalankan keatas permasalahan yang
timbul dengan merancang kaedah pengajaran yang berlainan sebagai langkah untuk
mengatasi masalah ini. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan
kata nama melalui kaedah yang dirancang. Sebelum itu, saya telah mengenalpasti
peserta yang akan diketengahkan dalam kajian ini iaitu sebahagian murid dari
kelas yang sama. Berdasarkan catatan markah ujian dalam pengajaran dan
pembelajaran terdahulu, seramai 15 murid dipilih sebagai peserta bagi kajian
ini. 15 orang murid yang dipilih ini telah memperolehi markah terendah dalam
ujian yang dijalankan daripada sesi pengajaran dan pembelajaran terdahulu.
Setelah
mengenalpasti masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian
kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran, maka saya telah memilih kaedah
bermain meneka silang kata untuk meningkatkan perbendaharaan kata dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi kajian ini.
Teka silang kata
ialah permainan untuk menguji minda dengan menggunakan huruf-huruf yang
dicantum menjadi perkatan, biasanya diberikan soalan atau pembayang untuk
menjawab pada kotak-kotak yang disediakan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1.3.1 Objektif Umum
i)
Meningkatkan kefahaman murid dalam
matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah bermain silang kata.
1.3.2 Objektif Khusus
i)
Meningkatkan penguasaan murid
terhadap pengajaran dan pembelajran Bahasa Melayu melalui kaedah bermain silang
kata..
ii)
Meningkatkan daya ingatan murid
terhadap penggunaan kata nama.
iii)
Menilai keberkesanan kaedah bermain
silang kata dalam meningkatkan kefahaman dan perhatian murid.
1.4 Persoalan Kajian
i)
Adakah kaedah bermain silang kata
dapat meningkatkan kefahaman murid?
ii)
Adakah dengan bermain silang kata
dapat meningkatkan perhatian murid?
iii)
Adakah kaedah bermain silang kata
berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan perhatian murid?
1.5 Tinjauan Literatur
Kajian
yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian dan kefahaman murid
terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut
Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang dapat
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah
hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan
sebagainya.
Menurut
Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara bagi
melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat
di sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Jika
dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, saya hanya
menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Menurut
Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai
pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru. Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan
dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai
sepenuhnya secara maknsimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah
menjejaskan pemahaman dan perhatian murid terhadap isi pelajaran tersebut.
Dengan
itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya pilih adalah kaedah
permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak
membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau,
aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di
peringkat rendah, kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran
psikomotor dan kemahiran sosial mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap
umur adalah bebeza mengikut tahap kematangan murid.
Selain
itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah
utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini
adalah wujud unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang.
Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan
pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.
Menurut
Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim dengan
bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran
mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan
ciri-ciri pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi
merangsang minda mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.
Selain
tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan bermain
kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan
Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan
bermain mlurid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping
menyihatkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan
bermalin boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas
penat belajar. Perlaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah
dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan
ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid.
Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran
umum kepada yang leih spesifik.
Menurut
Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid kerana
mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau
juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan
yang membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah
ianya memberi peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat
beberapa bentuk aktiviti dalam kaedah permainan antaranya adalah sseperti
permainan dengan barang maujud, permainan khyalan, bermain dengan menjelajah
dan permainan mengambil bahagian dan mencantum semula.
Menurut
Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang menyatakan
mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya menggalkkan interaksi
dan kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle,
teka-tekai, maze, mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajran. Oleh itu, saya telah memilih
permainan teka silang kata sebagai bahan bantu mengajar dalam melakukan kaian
ini.
1.6 Kumpulan Sasaran
Kajian
ini melibatkan 15 orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7
perempuan. Murid-murid ini sentiasa tidak mengambil berat terhadap penggunaan kata nama. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai
dalam penggunaan kata nama apatah lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan
Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.
1.7 METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah:
a.
Pemerhatian
Mnurut Sidek Mohd Noah
(2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan ang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelididkan. Melalui pemerhatian seseorang penyelidik
dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh
ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam kajian
ini adalah pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian
atau pengkaji menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji
dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pemerhatian. Kebaikan kaedah
pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti yang
dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian menjadi leblih sah dan boleh
dipercayai.
Pemerhatian yang
dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah pemerhatian berstruktur.
Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian berstruktur pengkaji mengumpul
data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkahlaku-tingkahlaku
tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian . Tingkahlaku ini juga
disebut sebagai pembolehubah.
Bagi kaedah pemerhatian
ini, saya telah menyediakan satu borang bagi kumpulan peserta yang hendak
dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid dilihat secara tidak
langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
b.
Soal selidik
Borang soal selidik
diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat
secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk menilai
keberkesanan kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian dan
kefahaman murid terhadap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik yang dibina
mempunyai dua bahagian yang ingin dilihat iaitu bahagian 1 kefahaman manakala
bahagian 2 adalah pemerhatian. Borang soal selidik ini akan diedarkan setelah
selesai proses pengajaran dan pembelajaran yang mengguankan kaedah main sambil
belajar. Murid diminta mengisi borang sejurus selesai proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
c.
Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid
untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka.
Menurut Mohamad Najib
Abd Ghafar (1999) sesebuah penyelidikan yang berdasarkan prestasi memerlukan
penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut dinamakan pengujian.
Menurutnya lagi, pengukuran yang menggunakan teknik ujian menghasilkan skor.
Skor atau markah mengikut skala tetentu adalah data kuantitatif yang selalu
digunakan dalam analisis. Skor-skor ini diperolehi daripada jawapan subjek
berdasarkan soalan yang disediakan oleh penyelidik.
Reka bentuk ujian yang
telah digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk ujian pasca. Menurut Chua
Yan Piaw (2006) ujian pasca merupakan reka bentuk eksperimental benar yang
paling ringkas tetapi ia mempunyai kesahan dalaman yang tinggi.Dalam reka
bentuk ini, murid-murid diagihkan ke dalam dua kumpulan secara rawak, dan
variebel bersandar hanya diukur sekali sahaja, iaitu melalui ujian pasca.
Berdasarkan kajian ini,
ujian diadakan adalah bertujuan untuk menguji samaada kaedah bermain sambil
belajar dapat meningkatkan peratus skor murid dalam ujian atau tidak, Ujian
yang dibina mempunyai 5 soalan struktur yang mana setiap soalan adalah
berdasarkan kepada tajuk pelajaran yang diajar. Skor keseluruhan bagi ujian ini
adalah 10 markah iaitu 2 markah untuk setiap soalan.
1.8
PELAKSANAAN KAJIAN
Sebelum langkah-langkah
yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan
murid dalam menguasai kemahiran penggunaan kata nama methodologi yang
dinyatakan.
1.8.1 Prosedur tindakan
1. Melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran mengikut kelas yang
diajar dan memerhatikan keadaan fizikal murid.
2. Mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama menggunakan
kaedah slaide.Seterusnya saya membuat pemerhatian terhadap keadaan murid dan
membuat refleksi selepas sesi pembelajaran.
3. Dengan menganalisis refleksi pengajaran awal. Saya dapat mengenalpasti permasalahan yang wujud dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta menetapkan masalah yang hendak dijadikan
subjek kajian.
4. Saya mendapatkan maklumat murid untuk membuat kajian.
5. Saya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah
bermain silang kata. Saya menyediakan rancangan pengajaran yang baharu dan
menyediakan silang kata.
6. Saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan
kaedah bermain silang kata. Saya membuat pemerhatian semasa proses pembelajaran
dan mengadakan ujian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Selepas itu, saya
mengedarkan borang soal selidik. Akhir sekali, saya melakukan refleksi
pengajaran.
7. Saya menganalisis keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik.
8. membuat perbandingan terhadap keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik
dengan pembelajaran terdahulu.
1.8.2 DAPATAN
KAJIAN
Di
dalam bab ini kaitan antara tiga elemen utama dalam kajian ini akan dihuraikan
iaitu persoalan kajian, analisis instrument kajian dan tinjauan literatur yang
berkaitan.
Persoalan 1 : Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan
kefahaman murid ?
Berdasarkan
keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa markah murid
telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah bermain silang kata dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Keadaan
ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Fatihah Nordin(2009).
Berdasarkan ujian yang dilakukan, telah mengenalpasti kaitan penggunaan kaedah
permainan dapat meningkatan perestasi murid terhadap tajuk pelajaran, didapati peratus peningkatan ujian
adalah 0-50 peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah permainan telah dapat meningkatkan
prestasi murid dalam ujian.
Permainan
boleh menjadi satu cara yang efektif untuk membantu murid mempelajari kemahiran
asas dan seterusnya untuk membaca dengan lancar. Kebolehan murid menjawab
soalan dengan tepat ini telah mempengaruhi markah ujian mereka.
Keadaan
ini secara tidak lagsung telah dapat menjawab kepada persoalan kajian saya yang
pertama iaitu adakah kaedah main sambil belajar dapat meningkatkan kefahaman
murid.
Persoalan 2 : Adakah dengan bermain silang kata
dapat meningkatkan perhatian murid?
Persoalan
kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah kaedah
permainan silang kata dapat meningkatkan perhatian murid. Bagi menjawab
persoalan kajian ini, suatu pemerhatian telah dilakukan keatas peserta yang
telah dipilih. Aspek-aspek pemerhatian
telah ditetapkan terlebih dahulu seperti adakah murid dapat menjawab soalan
yang diberi oleh guru dan murid dapat menyenaraikan isi pelajaran dari proses
pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang telah diterangkan di dalam bab cara
pengumpulan data, kesemua aspek yang diperhatikan ini mempunyai kaitan dengan
perhatian Menurut Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Damanhuri (2005)
berdasarkan pemerhatian beliau, semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
kebanyakan murid cuba sedaya upaya menjawab soalan yang diberikan dalam bentuk
permainan bahasa.Mereka membuat rujukan dan berlumba-lumba untuk menjadi orang
pertama yang menjawab soalan. Pelajar kelihatan tidak tertekan dan proaktif
dalam menjawab soalan.
Keadaan
yang sama juga berlaku ke atas kajian ini dimana hasil pemerhatian yang
dilakukan ke atas peserta melalui dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu
pengajaran menggunakan kaedah kuliah biasa dan pengajaran menggunakan kaedah
bermain silang kata. Didapati, sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah bermain silang kata telah mencatatkan markah yang lebih tinggi
berdasarkan aspek pemerhatian yang telah ditetapkan.
Hasil
dapatan dari pemerhatian ini telah dapat membuktikan bahawa berlaku peningkatan
tahap perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dengan
penggunaan kaedah bermain silang kata.
Pieget
menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003)menyatakan, permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid danseterusnya menggalakkan interaksi
dan kefahaman kepada murid. Perasaan seronok ini juga dapat menggambarkan
bahawa murid mengambil perhatian terhadap apa yang dipelajari mereka.
Persoalan 3: Adakah kaedah bermain silang kata berkesan
dalam meningkatkan kefahaman dan perhatian murid?
Bagi
menilai tahap kefahaman dan perhatian mrid, saya telah menjalankan soal selidik
ke atas peserta yang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah bermain silang kata.
Nor
Fatihah Nordin (2009) dalam soal selidik yang dijalankan keatas kajian beliau
mendapati, secara keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa kaedah permainan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah mewujudkan situasi
pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.
Menurut
Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah untuk
menambahkan keseronokkan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu seperti wujudnya unsur-unsur persaingan dan cabaran
dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang
biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih
tubi dan kuliah.
1.8. 3
REFLEKSI KAJIAN
Kaedah
bermain sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid di sekolah
rendah. Ini kerana dengan bermain mereka akan berasa seronok dan secara tidak
langsung akan dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Berbeza dengan kaedah kuliah biasa yang menggunakan slaid,murid
hanya menjadi pendengar dan keadaan ini telah menimbulkan rasa bosan di dalam
diri murid. Kebosanan murid telah memberi kesan ke atas kefahaman dan perhatian
murid terhadap pengajaran guru.
Menyedari
keadaan ini saya telah melaksanakan suatu kajian yang berfokuskan kepada kaedah
bermain sambil belajar dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi menggantikan kaedah kuliah biasa menggunakan slaid
bertujuan untuk menyelesaikan masalah kefahaman dan perhatian murid.
Sebelum
memilih kaedah permainan silang kata
saya terlebih dahulu telah membuat tinjauan literatur mengenai pendapat
tokoh tentang kelebihan kaedah bermain serta keberkesanannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak tokoh yang membincangkan mengenai
keberkesanan kaedah bermain dalam pembelajaran murid. Dan bertitik tolak dari
keadaan ini telah mendorong saya memilih kaedah ini iaitu main sambil belajar untuk dijadikan fokus
kajian. Namun begitu, dalam usaha untuk mencari literatur mengenai kajian yang
dilakukan penyelidik terdahulu mengenai kaedah permainan telah menemui jalan
buntu. Ini kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah ini.
kebanyakan literatur yang dapat diperolehi hanya berkaitan dengan kaedah
bermain sahaja. Ini telah sedikit sebanyak merencatkan proses kajian saya.
Namun kajian-kajian yang menggunakan
kaedah bermain ini telah menjadikan rujukan utama saya ketika kajian ini
dilakukan.
Daripada
keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 3 persoalan kajian yang
diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan
dapatan kajian yang dilakukan. Ternyata kaedah bermain sambil belajar telah
dapat meningkatkan kefahaman dan perhatian murid dan secara tidak langsung
telah meningkatkan kefahaman murid .Kenyataan ini telah disokong dengan
keputusan daripada instrument-instrumen kajian yang dilaksanakan. Hasil
daripada analisis data instrument kajian yang juga dikukuhkan lagi dengan
pendapat-pendapat daripada tinjauan literatur, telah menjadikan kajian ini
sebuah kajian yang berjaya menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.Bersesuaian
dengan tujuan kajian tindakan diadakan iaitu untuk menyelesaikan suatu
permasalahan dengan menggunakan kaedah tertentu.
1.8.4 CADANGAN TINDAKAN
SETERUSNYA
Bagi kajian yang
seterusnya, saya mencadangkan agar kajian mengenai sikap murid terhadap
matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah main sambil belajar dijalankan ini.
Ini kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan kaedah bermain
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang saya jalankan ini hanya
ingin melihat sejauhmana keberkesanan kaedah bermain dapat meningkatkan
kefahaman murid. Oleh itu saya memfokus kepada keputusan instrumen-instrumen
kajian seperti ujian dan pemerhatian. Berlainan dengan kajian yang ingin
melihat sikap murid terhadap sesuatu matapelajaran yang mana kajian seperti ini
akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan kaedah
bermain.
Dengan
melakukan kajian mengenai sikap ini juga, seseorang pengkaji akan dapat
membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam pembelajaran murid. Ini
kerana kajian memfokus kepada tingkahlaku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat beberapa
tokoh yang menyatakan kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan pelbagai
manfaat kepada murid dan guru dengan secara tidak langsung.
RUJUKAN
1)
Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan
Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur : UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.
2)
Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan
Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
3)
Endra Devi Supiah (SMK Dato’Mohd Reza,
N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin ( SMK Putera Kota Bharu, Kelantan) Kaedah
Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur
4)
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999)
Penyelidikan Tindakan.Johor : UniversitiTeknologi Malaysia.
5)
Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan
dan Pedagogi : Murid dan Alam Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
6)
Musthafa Bacharudin (2003) EFL for Young
Learners : Course Materials.Bandung,Indonesia, Universiti of education.
7)
Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007)
Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan
Menengah.Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
8)
Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996)
Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.
LAMPIRAN A
Senarai Nama Peserta
BIL
|
NAMA MURID
|
JANTINA
|
|
|
|
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
|
1.
|
TAN SOON HONG
|
/
|
|
|
2.
|
TAN LI YOU
|
/
|
|
|
3.
|
TAN ZHE XUAN
|
/
|
|
|
4.
|
MOHD DANIAL
|
/
|
|
|
5
|
MOHD DANISH LAU
|
/
|
|
|
6.
|
JONATHAN LIAU
|
/
|
|
|
7.
|
ONG YU QIAN
|
/
|
|
|
8.
|
LIM YANG FENG
|
/
|
|
|
9.
|
SIAH ZI XIN
|
|
/
|
|
10.
|
ANG XUE YING
|
|
/
|
|
11.
|
HANA DIANA
|
|
/
|
|
12.
|
BATRISYA
|
|
/
|
|
13.
|
WAN ADYRANA
|
|
/
|
|
14.
|
GAN WEN XIN
|
|
/
|
|
15.
|
NEW KHAI WEI
|
|
/
|
|
LAMPIRAN B
Borang Soal Selidik
Mengenalpasti tahap perhatian dan kefahaman murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran kajian tempatan
Nama:_________________
Kelas:2_______
Sekolah:_____________________
Tindakan samada anda setuju atau tidak setuju dengan pernyataan yang
diberikan.
Bahagian 1: Kefahaman
Bil
|
Item Persoalan
|
Ya
|
Tidak
|
1
|
Saya dapat memahami
isi pelajaran yang disampaikan selepas bermain silang kata.
|
|
|
2.
|
Penggunaan silang kata
memudahkan saya mengingat fakta.
|
|
|
3.
|
Saya dapat menjawab
soalan semasa bermain silang kata.
|
|
|
4.
|
Saya dapat
menyenaraikan kegunaan buluh selepas bermain silang kata.
|
|
|
5.
|
Saya dapat menjawab
soalan ujian selepas sesi permainan silang kata.
|
|
|
6.
|
Permainan silang kata
mempunyai kaitan dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan.
|
|
|
7.
|
Saya dapat
menyenaraikan isi pelajaran selepas bermain silang kata.
|
|
|
Bahagian 2 :Pemerhatian
Bil
|
Item persoalan
|
Ya
|
Tidak
|
1
|
Saya membei perhatian
semasa pengajaran guru menggunakan permainan silang kata.
|
|
|
2.
|
Permainan silang kata
membuatkan saya berasa seronok melakukan aktiviti.
|
|
|
3.
|
Saya melibatkan diri
secara aktif semasa sesi permaian silang kata.
|
|
|
4.
|
Saya berasa bosan
dengan aktiviti permainan silang kata.
|
|
|
5.
|
Saya tidak melakukan
aktiviti selain daripada aktiviti permainan silang kata.
|
|
|
6.
|
Saya tidak dapat
mengikuti pembelajaran dengan baik kerana guru menggunakan permainan silang
kata.
|
|
|
7.
|
Saya ingin menyelesaikan dalam permainan
silang kata.
|
|
|
8.
|
Saya menumpukan perhatian semasa aktiviti permainan menggunakan silang
kata.
|
|
|
LAMPIRAN C
UJIAN
NAMA :
___________________
Markh:________
KELAS :
_________________
Tarikh: ________
SEKOLAH :
_______________
Susunkan
huruf menjadikan perkataan yang betul berdasarkan gambar-gambar yang diberi.
1)
u
|
s
|
i
|
n
|
e
|
l
|
g
|
|
|
|
|
|
|
|
2)
k
|
a
|
t
|
r
|
i
|
|
|
|
|
|
3)
d
|
i
|
l
|
i
|
|
|
|
|
4)
k
|
u
|
l
|
a
|
b
|
|
|
|
|
|
5)
u
|
b
|
b
|
u
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment