Tuesday, 18 October 2011

        Kurikulum ialah kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah penyampaian yang berkesan dan penilaian terhadap kandungan mata pelajaran yang diajar benar-benar telah di kuasai oleh murid. Kurikulum dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia terbahagi kepada Kurikulum Formal dan Kurikulum Tak Formal.

         Kurikulum Kebangsaan ialah program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kokulikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan murid dengan sepenuhnya dari segi JERI serta untuk menanam dan mempertingkatkan moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum  Kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat iaitu pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, lepasan sekolah dan pendidikan khas. Kurikulum Kebangsaan juga memberi keseragaman dari segi perancangan, pelaksanaan, kawalan, agihan dan penilaian.

        Untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, transfomasi kurikulum berlaku pada tahun 2011, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditambahbaikan lagi kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR berfungsi sebagai agen bagi mencapai objektif untuk melahirkan insan yang berkualiti tinggi, meningkatkan pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).

No comments:

Post a Comment